BM | EN | 中文

Jumlah mangsa banjir Johor meningkat kepada 3,145 orang

banjir-memburuk-johor-pahang.png

Gambar Fail

Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 JAN: Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 3,145 orang di lima daerah setakat 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan berkata Kota Tinggi mencatatkan mangsa tertinggi sebanyak 1,848 orang, diikuti Johor Bahru (1,057 orang), Kulai dan Segamat masing-masing 94 orang manakala Mersing 52 orang.

“Kesemua mereka ditempatkan di 38 pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, Bernama melaporkan lapan laluan di Kota Tinggi turut ditutup kerana dinaiki air melibatkan Jalan Felda Semenchu (Simpang Semenchu) (FT1406) yang ditutup untuk semua kenderaan.

Sementara itu Jalan Kota Tinggi-Mersing (LGM) (FT003), Jalan Kota Tinggi-Kluang (Batu 25)(FT091) dan Kampung Lukut Cina-Kampung Batu 4 (Taman Aman) (J175) ditutup untuk semua kenderaan ringan.

Turut ditutup untuk semua kenderaan ringan ialah Jalan Tai Hong (Taman Scientex) (J053), Jalan Tai Hong (Orkid) (J053), Jalan Sungai Telor (J090) dan Mawai Lama (J172).

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top