BM | EN | 中文

Jumlah mangsa banjir Johor 640 orang setakat 4 petang

banjir-johor-muar-jun-2020.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 JUN: Jumlah mangsa banjir di Johor menurun kepada 640 orang daripada 161 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 798 orang daripada 206 keluarga yang direkodkan pagi tadi susulan penutupan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R.Vidyananthan berkata tiga PPS, masing-masing di daerah Muar, Pontian dan Kulai telah ditutup secara berperingkat sejak 2.30 petang hingga 4 petang ini.

“Daerah Muar masih mempunyai jumlah mangsa banjir yang tertinggi iaitu seramai 223 orang daripada 61 keluarga, diikuti Batu Pahat dengan 211 orang daripada 45 keluarga sementara Pontian merekodkan 206 mangsa daripada 55 keluarga,” menurut beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Advertisement

Setakat ini, sebanyak 13 PPS masih dibuka di tiga daerah berkenaan.

“Pemantauan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk setempat mendapati (keadaan banjir) di kebanyakan rumah telah kembali pulih. Air telah surut dan dalam proses pembersihan,” kata beliau.

Vidyananthan berkata semua stesen meteorologi utama di Johor telah merekodkan bacaan hujan melebihi purata bagi Jun.

Advertisement

“Dijangkakan jumlah hujan akan melebihi 50 milimeter (mm) pada 24 Jun (hari ini) terutamanya di barat dan selatan negeri Johor pada sebelah pagi. Manakala pada hari-hari berikutnya, dijangka jumlah hujan kurang daripada 20 mm di kebanyakan kawasan,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top