JOHOR BAHRU, 8 JAN: Jumlah mangsa banjir di Johor yang ditempatkan di lima pusat pemindahan menurun kepada 1,259 orang setakat pukul 3.30 petang ini, berbanding 1,422 orang pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata Kluang masih mencatatkan mangsa tertinggi seramai 578 orang diikuti Mersing (335), Kota Tinggi (185), Segamat (89) dan Johor Bahru (72).
Vidyananthan dipetik Bernama sebagai berkata setakat ini Jalan Haji Suhud di Johor Bahru serta Jalan Tanah Abang di Mersing ditutup sepenuhnya untuk semua kenderaan ketika ini.
Johorkini