BM | EN | 中文

Jumlah mangsa banjir di Segamat semakin berkurangan

poster-banjir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 DIS : Seramai 343 mangsa banjir di daerah Segamat membabitkan 81 keluarga masih ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 8 pagi tadi.

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat, PPS balairaya Kampung Batu Badak menempatkan 85 mangsa dari 22 keluarga, PPS Kompleks Penghulu Pogoh 26 mangsa dari empat keluarga, PPS balairaya Gemereh 3 terdapat 11 mangsa dari empat keluarga.

Sementara di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Spang Loi terdapat 14 mangsa dari empat keluarga, PPS Sekolah Agama Kuala Paya menempatkan 27 mangsa dari lima keluarga.

Advertisement

“Manakala di Dewan Kampung Tandong, Buloh Kasap terdapat 115 mangsa dari 24 keluarga, PPS balairaya Kampung Sanglang 11 mangsa dari tiga keluarga, Sekolah Agama Buloh Kasap 38 mangsa dari 10 keluarga dan balairaya Bukit Tunggal 16 mangsa dari lima keluarga.

“Keadaan cuaca cerah. Pemantauan berterusan dilakukan oleh agensi-agensi dari semasa ke semasa,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top