BM | EN | 中文

JUMLAH MANGSA BANJIR DI BATU PAHAT MENURUN

banjir.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 5 DIS: Seramai 21 orang mangsa daripada empat buah keluarga di daerah ini masih terjejas dengan banjir dan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini.

Jumlah mangsa telah menunjukkan penurunan berbanding 52 orang daripada 13 keluarga yang direkodkan semalam (4 Disember).

Menurut satu kenyataan daripada Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, setakat 8 pagi hari ini, kesemua mangsa daripada tiga buah perkampungan itu masih ditempatkan di PPS Sek Agama Sri Comel, di sini.

Advertisement

“Mereka ini terdiri daripada empat buah keluarga yang menetap di Kampung Parit Betong, Kampung Parit Abdul Hadi dan Kampung Parit Ju,” menurut kenyataan itu yang memetik sumber daripada Sekretariat Jawatankuasa Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat.

PPS tersebut dibuka sejak 2 Disember lalu manakala antara agensi terlibat adalah pejabat daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pejabat tanah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Lain-lain agensi termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Jabatan Kerja Raya (JKR), penghulu mukim, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan lain-lain lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top