BM | EN | 中文

Jumlah kutipan zakat naik pada 2021, LZS sasar kutip RM1 bilion tahun ini

Zakat-Selangor.jpg

Grafik Ehsan SelangorKini

SHAH ALAM, 5 FEB: Jumlah kutipan zakat di Selangor mencecah RM992 juta pada 2021, meningkat RM79 juta berbanding tahun sebelumnya, umum Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata jumlah agihan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut bertambah RM52 juta kepada RM919 juta pada tahun lalu.

“Kita sasarkan LZS mampu mencapai kutipan RM1 bilion tahun ini selepas kecemerlangan dipamerkan tahun lalu,” katanya menerusi ucapan Perutusan Pengerusi Mais baru-baru ini.

Terdahulu, Abdul Aziz dilaporkan SelangorKini turut mengucapkan tahniah kepada agensi itu kerana berjaya merangkul anugerah antarabangsa sebagai The Best Company in Asia 2021.

Beliau berkata pengiktirafan dunia itu bukti kecemerlangan LZS sebagai agensi bawah Mais dan wajar dicontohi pihak lain bagi meningkatkan pencapaian.

“Insya-Allah dengan kejayaan itu saya yakin LZS mampu mencapai sasaran memberangsangkan pada tahun ini,” katanya lagi.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top