BM | EN | 中文

JULUNG KALI JMF ADAKAN PAMERAN

mohd-syafiq.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 NOV : Buat pertama kalinya dalam sejarah, pasukan askar Johor Military Forces (JMF) atau Timbalan Setia Negeri (TSN) Johor akan mengadakan pameran sempena Ekspo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 yang akan menjelajah ke seluruh negeri bermula tahun hadapan.

Pegawainya, Leftenan Muda Mohamad Syafiq Md Zabri berkata, pasukan TSN mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke ruang pameran yang akan dibuka di lokasi terpilih pada ekspo berkenaan.

“Orang ramai boleh melihat sendiri apa yang askar-askar Johor ini buat, jumpa, lalui, tempuhi pada setiap era. Jadi, kalau tuan dan puan tanya apa yang saya akan bawakan, nanti hilang kejutan itu.

Advertisement

“Dalam ketenteraan, elemen kejutan itu penting,” katanya secara berseloroh, pada sidang media ekspo tersebut di Seven Oaks Cafe, dekat Taman Pelangi, semalam.

Tambah beliau, pihaknya akan membuat penilaian kepada orang ramai yang berminat untuk menyertai TSN.

“Kita akan membuat penilaian sedikit kepada pengunjung yang datang ke ruang pameran kami. Manalah tahu ada yang datang untuk menjadi seorang askar.

Advertisement

“Jadi kami buka satu meja untuk mengukur kriteria yang kami pilih. Siapa-siapa anak jati Johor yang berminat untuk dinilaikan, sila datang.

“Kami mengalu-alukan rakyat negeri Johor untuk lebih mengenali bahawa askar Johor ini diwujudkan untuk apa. Disitu kami akan terangkan dan kenapa dan bagaimana wujudnya askar Johor ini,” katanya.

Askar Timbalan Setia atau rasminya Askar Timbalan Setia Negeri Johor ditubuhkan pada 1885, ialah pasukan tentera yang ditubuhkan semasa pemerintahan Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar.

Advertisement

Baginda pada ketika itu berbaik-baik dengan Ratu Kerajaan Great Britain, Ratu Victoria sebagai helah untuk mengelakkan campur tangan dan penjajahan Inggeris dan menghalang cita-cita British untuk menjajah negeri Johor.

Johor ialah negeri dalam Tanah Melayu yang pertama memiliki pasukan tentera modennya sendiri dan satu-satunya institusi pasukan tentera tertua dalam Malaysia dibiayai kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top