BM | EN | 中文

Jualan serentak jersi baharu JDT

jdt-1-1-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 JAN: Jualan serentak jersi baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) musim 2020 akan diadakan di setiap daerah negeri Johor sempena pelancaran jersi pada 1 Februari depan bagi musim ini.

Menurut laman Facebook Johor Souther Tigers, para penyokong JDT boleh mendapatkan jersi tersebut di 10 lokasi seluruh Johor.

“Penyokong JDT boleh mendapatkan jersi baharu di 10 lokasi berikut; Dataran Bandaraya Johor Bahru (Johor Bahru), Dataran Ledang (Tangkak), Dataran Tasik (Kluang), AEON Kulai (Kulai), Dataran Pontian (Pontian), Amphitheater Mersing (Mersing), Dataran Segamat (Segamat), Batu Pahat Mall (Batu Pahat), Stadium Sultan Ibrahim (Muar) dan Astaka Budaya (Kota Tinggi),” katanya.

Advertisement

Menurut laman itu lagi, Majlis Pelancaran Jersi Baharu JDT boleh ditonton secara langsung menerusi ‘facebook live update’ di laman rasmi Johor Southern Tigers.

“Para penyokong yang berada di daerah-daerah juga boleh menyaksikannya melalui siaran live streaming yang dipaparkan di lokasi terpilih,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top