BM | EN | 中文

Jualan nanas, pisang bantu tabung Inisiatif Bantuan Perubatan DUN Mengkibol

Jualan-nanas-pisang-bantu-tabung-Inisiatif-Bantuan-Perubatan-DUN-Mengkibol.png
Advertisement

KLUANG, 22 JUN: Sejumlah RM4,575 hasil projek jualan amal nanas berjaya dikumpulkan bagi mendanai tabung Inisiatif Bantuan Perubatan DUN Mengkibol.

Adun Mengkibol, Chew Chong Sin berkata, semua kutipan dari hasil jualan ini akan digunakan bertujuan menambah 100 slot Inisiatif Bantuan Perubatan Mengkibol.

“Projek Kad Sihat Johor telah dihentikan oleh kerajaan Perikatan Nasional pada tahun 2020.

Advertisement

“Kebajikan kesihatan seramai 520 orang pemegang Kad Sihat kawasan DUN Mengkibol telah dihentikan dan kad sudah luput.

“Kini, kebajikan dibiayai daripada dana penderma-penderma yang bermurah hati dan juga hasil jualan amal yang dilancarkan oleh pejabat ADUN Mengkibol sebelum ini,” kata Chong Sin dalam satu kenyataan.

Beliau memberitahu, seorang peladang nenas dari Simpang Renggam telah memyumbang 1,600 biji nenas yang tidak menggunakan racun perosak, manakala usahawan pertanian Mr. Banana turut menyumbang 25 pek buah naga dan pisang.

Advertisement

Pengusha tersebut, Lim Si Wei turut menghadiadhkan tambahan sebiji nenas secara percuma sebagai tanda penghargaan kepada para dermawan.

“Akhirnya, kami berjaya mengumpul sejumlah RM4,575 hasil daripada projek jualan amal ini.

“Terima kasih kami ucapkan kepada pembeli-pembeli Kluang yang menyokong jualan amal dan sukarelawan yang membantu dalam menjayakan projek jualan amal,” kata Chong Sin.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top