BM | EN | 中文

Jualan Makmur Johor dilancar untuk bantu B40, M40

jualan-makmur-johor.jpg

Gambar Ehsan FB Hasni Mohammad

Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 OGOS: Kerajaan negeri melancarkan program Jualan Makmur Johor (JMJ) yang menawarkan pelbagai barangan keperluan dengan harga berpatutan menerusi platform dalam talian, Shopee.my bermula hari ini hingga November depan.

Exco Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Dr Chong Fat Full berkata JMJ dijangka mampu memberi manfaat kepada 25,000 pengguna yang menetap di negeri ini.

Katanya ini merupakan inisiatif kerajaan negeri dengan kerjasama Shopee dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor.

Advertisement

“la bertujuan membantu golongan B40 dan M40 yang sangat terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Sebanyak RM500,000 diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Johor menerusi program ini dan bakal menawarkan pembelian barangan keperluan dengan potongan harga sebanyak RM20 bagi setiap minimum RM40 pembelian dalam Shopee di bawah baucar Jualan Makmur Johor; katanya dalam kenyataan, semalam.

Terdahulu, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad melancarkan program JMJ di pejabatnya di Kota Iskandar, di sini semalam.

Advertisement

Hadir sama dalam pelancaran berkenaan adalah Pegawai Kewangan Negeri Johor Datuk Salehudin Hassan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) Datuk Dr Badrul Hisham Kassim, Pengarah KPDNHEP Johor Mohd Hairul Anuar Bohro serta Ketua Dasar Awam dan Hal Ehwal Kerajaan Shopee Malaysia Leeroy Ting Kah Sing.

Pautan JMJ boleh didapati dalam aplikasi Shopee dan pelbagai barangan keperluan dari pelbagai vendor disediakan mengikut pilihan pengguna.

“JMJ dikhaskan kepada seluruh warganegara yang beralamat di negeri ini dan pihak Shopee turut menawarkan penghantaran percuma ke seluruh negeri Johor.

Advertisement

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang program berkenaan dengan melayari laman web https://shopee.com.my/m/jmj: katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top