BM | EN | 中文

Jualan ayam RM8 PKPS Selangor dapat sambutan, peniaga mohon tambah bekalan

Portal_TinjauanAYAM014-960x640-1.jpg

Gambar Ehsan SelangorKini

Advertisement

SERI KEMBANGAN, 7 FEB: Jualan ayam RM8 sekilogram di Pasar Borong Selangor di sini yang bermula hari ini mendapat sambutan orang ramai.

Rata-rata peniaga juga mahu tempoh dua minggu pelaksanaan Program Intervensi Harga Makanan Ehsan dilanjutkan manakala bekalan ayam ditambah.

Peniaga Nazirah Mohd Noor, 50, berharap had bekalan 50 ekor sehari kepada setiap peniaga perlu ditingkat bagi membantu mereka meningkatkan jualan.

Advertisement

“Memang bagus apabila harga lebih murah daripada sebelum ini. Jika Kerajaan Negeri boleh lanjutkan lagi tempoh, mungkin lebih baik. Senang kita hendak jual.

“Permintaan tinggi. Cuma saya mohon kerajaan selesaikan isu pembekalan. Lagi banyak ayam kita dapat jual, mungkin lebih membantu peniaga,” katanya.

Peniaga Fazrul Hassim, 35, juga menyifatkan program berkenaan membantu peniaga dan orang ramai tetapi ia tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan secara keseluruhan.

Advertisement

“Kebelakangan ini, kami dapat ayam segar daripada pemborong hanya 500 ekor berbanding 1,500 yang dipesan setiap hari,” katanya.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan SelangorKini mengumumkan negeri ini menjual ayam standard pada harga siling RM8 sekilogram selama dua minggu.

Jualan melibatkan 50,000 ekor ayam itu dijalankan di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Pasar Borong Selangor menerusi dana RM1 juta bertujuanbagi meringan beban kenaikan harga barang makanan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top