BM | EN | 中文

Jualan Aidilfitri Selangor beri peluang 200 usahawan pasar produk

Selangor-Fashion-Lazada-Raya-2021-Rodziah-Ismail.jpg

Exco Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail merasmikan Selangor Fashion Lazada Raya 2021 di SACC Mall

Advertisement

SHAH ALAM, 11 APR: Kerajaan Selangor menganjurkan program Selangor Fesyen Raya Lazada 2021 bermula 13 hingga 27 April, kata Exco Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail.

Katanya insiatif itu memberi peluang kepada lebih 200 usahawan memasarkan produk secara fizikal dan dalam talian menerusi platform Bazar Lokal.

“Kerajaan Selangor dengan kerjasama Lazada juga menyediakan studio di SACC Mall untuk mempromosi produk usahawan secara langsung menerusi platform media sosial.

Advertisement

“Bagi merancakkan lagi aktiviti jual dan beli, seramai 10,000 pembeli terawal bakal memperoleh baucar RM200,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Selangor Fesyen Raya Lazada 2021 di SACC Mall hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata usahawan di negeri ini terus dibimbing bagi menyesuaikan diri dengan ekosistem pendigitalan.

Advertisement

“Perubahan ke arah pendigitalan membolehkan pemasaran produk lebih meluas, bukannya hanya tertumpu pasaran setempat,” katanya.

Pada Ramadan tahun lepas Kerajaan Negeri menyediakan dua saluran e-dagang iaitu Grab Selangor dan Platform Selangor (Plats), ruang untuk peniaga menjual juadah berbuka puasa.

Beberapa lokasi e-Dapur turut diwujudkan di Ampang, Bangi, Semenyih, Sepang, Damansara, Klang, Petaling Jaya, Puchong, Seri Kembangan dan Subang Jaya.

Advertisement

Selain itu, Kerajaan Selangor melancarkan e-Bazar Raya khusus untuk 5,000 usahawan tempatan menjana semula ekonomi susulan penularan Covid-19.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top