BM | EN | 中文

JSLC, rahsia Johor lahirkan generasi global

azman-1-01-scaled.jpg

Azman

Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 JAN: Majlis Kepimpinan Muda Johor (JSLC) dilaksanakan untuk memberi peluang anak muda Johor menjadi pemimpin ketika dibangku sekolah lagi.

Demikian kata Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Azman Adnan ketika ditemuramah dalam sebuah program dalam stesen televisyen tempatan mengenai rahsia Johor melahirkan modal insan bersifat global.

“JSLC telah ditubuhkan sejak 2011 ketika menyedari keperluan mempersiapkan pemimpin muda dalam kalangan anak muda Johor mengisi ruang dan peluang kekosongan jawatan di Johor

Advertisement

“Dalam usaha membentuk pemimpin muda, kita wujudkan satu entiti dipanggil Student Leader Board (SLB) di setiap sekolah termasuk sekolah rendah. Kemudian, mereka akan disaring di peringkat daerah dan mereka yang terpilih akan menyertai komiti JSLC,” katanya.

Tambah Azman lagi, apabila pelajar dipilih mentertai komiti JSLC, mereka akan berpeluang mengikuti latihan yang meliputi semua aspek kepimpinan di dalam dan luar negara.

Bercakap mengenai pencapaian JSLC dalam membentuk kepimpinan muda, beliau memaklumkan pada tahun ini JSLC telah masuk edisi ketujuh menganjurkan persidangan peringkat antarabangsa.

Advertisement

“Persidangan antarabangsa ini dirancang dan dikendalikan sepenuhnya oleh ahli JSLC sendiri termasuk mencari dana persidangan, panel persidangan dan penyertaan dalam dan luar negara.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah Projek Persidangan Antarabangsa Pemimpin muda Johor ketujuh, Nor Ellisa Farhana Abd Manap dan Pengarah Media dan publisiti Persidangan Antarabangsa Pemimpin Muda Johor ketujuh, Ayu Anisa Umar Rauf.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top