BM | EN | 中文

JPN Johor siasat tular dakwaan pengetua cemerlang terlibat pengantunan seksual

sex-grooming-e1578478585938.jpg

Tangkap layar yang tular di laman sosial

Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 JAN : Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN) sedang menyiasat tular di laman sosial berkenaan status seorang pemilik akaun Facebook mengenai pengetua cemerlang yang didakwa menghantar mesej berunsur lucah kepada pelajarnya.

Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Azman Adnan dalam kenyataanya berkata, pihaknya sedang membuat siasatan terhadap isu yang ditularkan pagi tadi itu.

“JPN sedang buat siasatan terhadap isu yang ditularkan ini,”katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Advertisement

Melalui status tular itu mendakwa pengetua yang menerima anugerah cemerlang dari JPN itu terlibat dalam ‘pengantunan seksual’ atau sexual grooming dengan menghantar mesej lucah sert gambar zakarnya kepada pelajar berkenaan.

Pemilik akaun berkenaan turut mempertikaikan sekiranya pihak JPN mengetahui perlakuan didakwa sudah tentu pengetua terbabit tidak akan terpilih menerima anugerah tersebut.

Dalam pada itu, Azman berkata tindakan akan diambil JPN Johor sekiranya dakwaan itu benar.

Advertisement

“Bergantung kepada siasatan,”katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top