BM | EN | 中文

JPN Johor nasihat tangguh program ke China waktu ini

smka-johor.jpg

Guru dan pelajar SMKA Johor mengadakan solat hajat memohon perlindungan daripada jangkitan koronavirus.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 JAN: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor tidak menerima sebarang permohonan melibatkan tugasan ke luar negara khususnya ke China membabitkan pelajar dan guru di negeri ini buat masa ini.

Pengarahnya, Azman Adnan berkata, jika ada permohonan sedemikian pihaknya akan memastikan segala peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dipatuhi.

“Apabila berlaku situasi seperti ini (jangkitan koronavirus), pastinya individu terbabit akan meneliti semula program berkenaan.

Advertisement

“Kita juga akan beri nasihat supaya menangguhkan dahulu sekiranya ada program berkenaan yang mahu dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan semasa menghadiri majlis solat hajat yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), di sini semalam.

Sementara itu, Azman turut mengingatkan warga pendidik termasuk murid dan pelajar untuk sentiasa mengutamakan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri.

Advertisement

“Antara langkah yang boleh diambil mereka adalah dengan sentiasa membasuh tangan selain mengelakkan diri daripada menyertai aktiviti yang menghimpunkan ramai orang.

“Selain itu, banyak juga sekolah serta Persatu Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang mengambil inisiatif membekalkan murid dan pelajar dengan penutup hidung dan mulut,” katanya.

Sementara itu, dalam majlis tersebut seramai 500 pelajar dan guru di SMKA di sini mendirikan solat hajat khas bagi memohon perlindungan dan keselamatan berikutan jangkitan coronavirus yang melanda banyak negara termasuk Malaysia.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top