BM | EN | 中文

JPN Johor laksana kaedah pembelajaran alternatif dalam tempoh PKP

jabatan-pendidikan-johor-JPN.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 APR: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor mengambil inisiatif pembelajaran alternatif untuk memastikan murid-murid di negeri ini dapat belajar dan tidak berlaku defisit pembelajaran semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan media hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Vidyananthan Ramanadhan berkata pembelajaran alternatif itu mengandungi empat kaedah.

Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh JPN Johor adalah melaksanakan e-pembelajaran, pembelajaran secara offline termasuk penggunaan buku teks yang dibekalkan oleh guru, penggunaan medium penyiaran radio Johor FM dan pembelajaran melalui TV Pendidikan yang dikendalikan Kementerian Pendidikan.

Advertisement

Bagi pelaksanaan e-pembelajaran melibatkan pelbagai pelantar seperti Google Classroom dan medium lain termasuklah media sosial – whatsapps, telegram, youtube, zoom dan lain-lain.

Bagi pembelajaran secara offline termasuk penggunaan buku teks, nota guru, buku rujukan dan lembaran kerja yang
dibekalkan oleh guru-guru.

Dalam pada itu pembelajaran menggunakan medium penyiaran iaitu radio Johor FM setiap hari akan dibuat mulai jam 12.30 tengahari dengan kerjasama RTM Johor.

Advertisement

Manakala pembelajaran melalui TV Pendidikan yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

PKP yang dilanjutkan sehingga 14 April depan menyebabkan 1,187 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri Johor terpaksa ditutup.

Difahamkan ia melibatkan sejumlah 580,000 murid, 59,000 guru dan kakitangan sokongan, manakala penutupan ini juga melibatkan 71 buah sekolah swasta, 1473 tadika swasta yang melibatkan 90,000 orang murid dan guru serta staf.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top