PONTIAN, 14 NOV: Jabatan Penerangan Negeri (JPN) negeri telah menyediakan lapan buah unit bergerak untuk tugasan hebahan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.
Penolong Pengarahnya, Mohammed Iqbal Ibrahim berkata, usaha ini adalah bertujuan untuk menarik pengundi untuk keluar menjalankan tanggungjawab mereka pada 16 November ini.
Katanya, hebahan keluar mengundi ini akan berjalan selama tiga hari bermula 13 hingga 15 november di seluruh kawasan lokaliti di Parlimen Tanjung Piai.
“Unit-unit ini juga akan digerakkan ke lokaliti yang jumlah keluar mengundinya adalah rendah pada hari pembuangan undi, setelah mendapat maklumbalas dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menggalakkan lebih ramai keluar mengundi,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya berharap melalui hebahan ini lebih ramai akan keluar menjalankan tanggungjawab mereka.
JohorKini