BM | EN | 中文

JPJ Johor sasar kutip RM2.5 juta bidaan nombor pendaftaran ‘JUN’

JPJ-Johor-sasar-kutip-RM2.5-juta-bidaan-nombor-pendaftaran-‘JUN.jpg

Gambar Ehsan JPJ Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 FEB: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor menyasarkan kutipan RM2.5 juta bagi bidaan nombor pendaftaran kenderaan siri JUN yang akan mula dibuka untuk bidaan mulai 13 Februari ini menerusi sistem bidaan nombor pendaftaran atas talian JPJeBid.

JPJ Negeri Johor menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebooknya berkata bidaan itu akan dibuka sehingga 17 Feb ini, dan keputusannya akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam dari tarikh akhir bidaan ditutup iaitu 18 Feb ini.

“Pembida boleh membida di mana-mana sahaja, dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia, penduduk tetap, jabatan kerajaan dan syarikat yang berdaftar di negara ini.

Advertisement

“Pendaftaran di sistem JPJeBid boleh dilakukan secara kendiri oleh pembida di laman sesawang https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid. Hanya mereka yang tidak pernah mempunyai rekod dengan sistem JPJ seperti kenderaan berdaftar, lesen memandu atau saman sahaja dikehendaki hadir membuat pendaftaran di mana-mana pejabat JPJ kecuali Pusat Transformasi Bandar (UTC),” menurut kenyataan berkenaan, hari ini.

Menurut JPJ Negeri Johor, kaedah bayaran pula hanya menggunakan kad debit atau kad kredit tempatan sahaja, dan JPJ berharap rakyat Malaysia dapat mengoptimumkan penggunaan sistem dalam talian itu ketika pandemik.

Mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida akan diberikan tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran untuk didaftarakan pada sesebuah kenderaan dan pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana pejabat JPJ Negeri dan Cawangan.

Advertisement

“Setakat ini JPJ Johor sudah mengutip RM24.83 juta sejak sistem bidaan ini pertama kali digunakan pada 21 Ogos 2019 bagi siri JTR.
“Sekiranya pelanggan menghadapi sebarang masalah berkaitan bidaan nombor pendaftaran siri JUN ini, mereka boleh emelkan ke aduan.jpjebidjdt@jpj.gov.my,” menurut kenyataan itu.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top