BM | EN | 中文

JPJ Johor keluarkan 395 notis kepada pemandu, pemilik lori bawa lebih muatan

JPJ-Johor-keluarkan-395-notis-kepada-lori-bawa-lebih-muatan.jpg
Advertisement

MUAR, 4 DIS: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 395 notis pelbagai kesalahan lalu lintas kepada pemandu dan pemilik lori dalam tempoh tiga hari Ops Khas Lebih Muatan Lebuh Raya PLUS, sejak Selasa.

Azmil Zainal Adnan (duduk, dua, kiri) menunjukkan data kesalahan yang dilakukan oleh pemandu dan pemilik lori yang beroperasi dengan lebih muatan, ketika sidang media Ops Khas Lebih Muatan Lebuh Raya PLUS (LMLP) di Stesen Unit Penguatkuasa Lebuh Raya (UPLR) Pagoh Arah Selatan, semalam (Gambar Ehsan Bernama)

Timbalan Pengarahnya Azmil Zainal Adnan berkata operasi yang dilaksanakan Pusat Kawalan Penguat kuasa Lebuhraya (UPLR) di Hentian Rehat dan Rawat Pagoh itu memfokuskan kepada lori yang membawa muatan melebihi had.

Katanya antara tindakan yang dikenakan adalah pengeluaran notis amaran, saman dan kompaun atas pelbagai kesalahan termasuk pemandu tiada Lesen Kenderaan Perdagangan (GDL), kenderaan tiada insurans dan cukai jalan tamat tempoh.

Advertisement

Beliau berkata 482 lori diperiksa dalam operasi berkenaan dan daripada jumlah itu, 134 lori dikenakan tindakan undang-undang kerana membawa lebih muatan.

“Kesemua 134 lori ini melakukan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010,” katanya kepada pemberita selepas Ops berkenaan di UPLR Hentian Rehat dan Rawat Pagoh (Arah Selatan) yang turut dihadiri Pengurus Seksyen Zon Selatan Lebuh Raya PLUS Zulkifli Abdul Rahim.

Operasi terbabit turut mendapat kerjasama JPJ Melaka dan pihak PLUS, dengan membabitkan kawasan lebuh raya bermula dari Plaza Tol Pedas-Linggi di Negeri Sembilan sehingga Plaza Tol Skudai, Johor.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top