BM | EN | 中文

JOM PERGI HARI PERTANIAN MODEN AYER HITAM

PROJEK-PERTANIAN-MODEN.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 SEPT – Pejabat Khidmat Masyarakat Adun Mengkibol akan menganjurkan Hari Pertanian Moden Ayer Hitam di tapak Projek Pertanian Moden, Ayer Hitam pada 2 Oktober depan.

Program berkenaan merupakan anjuran bersama Jabatan Pertanian Kluang dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Menurut Adun Mengkibol, Chew Chong Sin, program tersebut memberi penekanan kepada dua perkara iaitu pertanian moden dan tanah pertanian terbiar.

Advertisement

“Peserta program akan didedahkan sistem automasi yang dapat menjimatkan perbelanjaan, masa dan juga tenaga dalam pertanian”

“Para peserta akan diberi taklimat pertanian moden dan cara-cara meneutralisasikan tanah terbiar di daerah Kluang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Berikutan itu, beliau berharap agar petani-petani kecil dan masyarakat yang berminat yang menceburi bidang pertanian untuk hadir dan memohon geran pertanian yang turut disediakan di dalam program itu.

Advertisement

“Ini kerana beberapa pihak yang akan berkongsi informasi termasuklah Agro Bank, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Jabatan Perikanan dan Jabatan Vaterinar akan terlibat dalam program ini.

“Bagi peserta yang berminat untuk memohon geran pertanian serta geran tanah terbiar dinasihatkan membawa dokumen yang berkaitan bagi memudahkan urusan permohonan,” katanya lagi.

 

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top