BM | EN | 中文

JOM KUNJUNGI JDT CAFE DI PADANG SERI GELAM

JDT-cafe.jpg

JOHOR BAHRU, 12 DIS: Tidak lengkap kunjungan anda ke bandaraya Johor Bahru jika tidak singgah ke JDT Cafe, sebuah kafe santai yang dibina dari kontena berkonsepkan cafe sukan.

Terletak bersebelahan Padang Seri Gelam, yang kini merupakan pusat latihan Kelab JDT berdekatan Dataran Bandaraya Johor Bahru, dengan warna merah-biru-putih, pengunjung tidak sukar untuk mengenalpasti rupa bentuk JDT Cafe ini.

Menurut laman facebook Johor Southern Tigers, JDT Cafe merupakan kafe yang diilhamkan oleh DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Raja Johor dan dibina pada tahun 2016.

Pada waktu-waktu tertentu dan jika anda bernasib baik, para pengunjung dapat menyaksikan sendiri latihan kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang terletak bersebelahan JDT Cafe.

Sementara itu, laman Page Harimau Selatan melaporkan, kebanyakan pengunjung yang datang ke JDT Cafe ini adalah dari luar Johor.

Apabila ditanya, para pengunjung mennyatakan rasa kagum dengan TMJ (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) dengan revolusi bola sepak yang dibawa baginda ke Johor.

Difahankan, JDT Cafe turut menyediakan pusat jualan barangan rasmi kelab bola sepak JDT antaranya seperti jersi original dan ramai pelancong-pelancong asing dari hotel berdekatan yang datang untuk mendapatkan barangan.

Semenyara itu, antara ‘top seller’ menu di JDT Cafe adalah ‘Boss Fried Kuay Tiaw, ‘Red Card’ Fried Rice, ‘Yellow Card’ Fried Rice, Lamb Chop & Chicken Chop

Jadi kepada orang ramai, ayuh. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi kafe ini dari yang diobuka dari jam 4 petang hingga 12 malam.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top