BM | EN | 中文

JOM KE SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN DI PLAZA ANGSANA

IMG-20191005-WA0004.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 OKT: Orang ramai terutamanya di negeri Johor dialu-alukan untuk hadir beramai-ramai ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 yang bakal diadakan di negeri ini.

Program tersebut akan berlangsung selama empat hari bermula 28 November sehingga 1 Disember 2019 bertempat di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Difahamkan, lebih 200 pempamer dan ruang jualan akan disediakan dengan enam kluster utama iaitu Makanan dan Minuman, Gaya Hidup, Kesejahteraan, Hasil Pertanian, Agro Teknologi dan Pembangunan Modal Insan.

Advertisement

Terdahulu, Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, program tersebut bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan wira dan wirawati tani negara yang telah banyak menyumbang dan berbakti kepada negara.

“Penganjuran ini juga adalah sebagai medan penilaian dan kayu pengukur bagi pencapaian peladang, penternak dan nelayan menerusi pertandingan yang dijalankan diseluruh negara.

“Ianya juga menjadi medium penyebaran maklumat kepada masyarakat umum dan para peladang, penternak dan nelayan serta usahawan tempatan berkaitan peluang pelaburan dalam bidang pertanian yang boleh diperolehi dalam usaha menjana pendapatan tambahan,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada ekspo tani Johor dan hari peladang, penternak dan nelayan negeri, baru-baru ini.

Tambahnya, HPPNK 2019 ini akan menjadi platform terbaik untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman di samping memberi peluang perniagaan dalam sektor pertanian negara untuk memacu pendapatan yang lebih baik pada masa akan datang.

Difahamkan, enam kluster yang mengenengahkan 15 komponen akan menjadi tumpuan antaranya Anugerah HPPNK, Agro Teknologi, Agro Kulinari, Agro Pelancongan dan Agro Youth.

Advertisement

Dengan tema ‘Makanan Kita Masa Depan Kita’, HPPNK) 2019 dijangka menjadi medan anjakan bagi mereformasi sektor pertanian dan industri asas tani bagi memacu pertumbuhan ekonomi sekaligus meningkatkan sumber pendapatan kepada rakyat, negeri dan negara.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top