BM | EN | 中文

JohorKini sebagai media rasmi kerajaan Johor

IMG-20200210-WA0015.jpg

Dzulkefly (duduk, depan, tengah) bergambar bersama kakitangan JohorKini

Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 FEB: JohorKini Media Agency (JohorKini) hari ini dilancarkan sebagai agensi media rasmi kerajaan negeri Johor oleh Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad.

JohorKini sebagai sebuah media digital yang telah beroperasi selama lima bulan yang lalu berjaya mencapai 1.1 juta pautan sejak penubuhannya.

Dzulkefly yang juga merupakan Pengerusi JohorKini berkata, agensi itu memainkan peranan penting dalam menyampaikan berita berkaitan pencapaian kerajaan negeri.

Advertisement

“Selain JohorKini, kami juga mempunyai Agensi Berita Kebangsaan Malaysia (BERNAMA), agensi berita yang diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Kedua-dua agensi itu penting sebagai wadah yang akan melaporkan berita terutama pencapaian kerajaan,” katanya.

Dzulkefly yang juga ADUN Kota Iskandar berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Penyampaian Amanat 2020 yang diadakan di Auditorium Radio Televisyen Malaysia (RTM) Johor, di sini hari ini.

Advertisement

“Dengan semua sumber maklumat yang ada seperti dari Jabatan Penerangan dan Penyiaran, Radio JohorFM, BERNAMA serta JohorKini, saya yakin kami mempunyai kekuatan yang diperlukan untuk terus menyampaikan maklumat berkaitan kepada rakyat,” katanya.

Tambah Dzulkefly lagi, penting bagi rakyat menerima maklumat yang berkaitan dengan dasar dan program kerajaan, maka langkah yang berkesan perlu dilakukan.

“Sebagai agensi berita berbilang bahasa, JohorKini melaporkan berita dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Mandarin selain memaparkan video berita, gaya hidup dan hiburan dari Malaysia khususnya negeri Johor,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top