BM | EN | 中文

Johore Tin pelbagaikan pembangunan hartanah bagi perluas pendapatan

Johore-Tin-Bhd-JTB.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 4 JUN: Johore Tin Bhd (JTB) merancang untuk mempelbagaikan kepada pembangunan hartanah berikutan pembelian sebidang tanah pegangan bebas bernilai RM169.8 juta.

Cadangan pembelian tanah itu akan dilaksanakan untuk menyusun semula dan memperluas operasi pembuatannya serta menjalankan aktiviti pembangunan hartanah.

“Pertimbangan pembelian itu dicadangkan akan dibiayai melalui dana dalaman dan pinjaman bank. Sehingga 31 Mac, 2021, JTB Group mempunyai tunai dan baki bank sebanyak RM102.4 juta,” menurut JTB dalam kenyataan.

Advertisement

Pembelian tanah seluas 120.4 hektar, terletak di Kuala Langat, Selangor itu dibuat melalui anak syarikat milik penuh JTB, Able Dairies Sdn Bhd, Unican Industries Sdn Bhd dan Able Development Sdn Bhd dengan PNB Development Sdn Bhd.

JTB terlibat dalam pembuatan dan perdagangan pelbagai tin dan bekas lain serta pengeluaran susu dan produk tenusu lain.

“Cadangan pembelian tanah itu membolehkan kumpulan memperluas asas pendapatannya dengan menceburi aktiviti pembangunan hartanah,” katanya.

Advertisement

JTB akan menggunakan sebahagian tanah untuk memperluas operasi pembuatannya dan bahagian tanah untuk perniagaan sedia ada adalah besar, membolehkan kumpulan menyusun semula dan memperluas operasinya di wilayah tengah Semenanjung Malaysia berikutan JTB mempunyai empat kilang dan gudang di kawasan Teluk Panglima Garang, Selangor.

Pada masa ini, kumpulan belum membuat keputusan mengenai pelan untuk perniagaan pembangunan hartanahnya, yang mungkin termasuk memeterai perjanjian usaha sama untuk pembangunan tanah tersebut.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top