BM | EN | 中文

Johore Tin akan dikenali sebagai Able Global Bhd

Johore-Tin.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 JUN: Johore Tin Bhd (Johore Tin) telah menerima kelulusan pemegang saham untuk mengubah namanya kepada Able Global Bhd.

Dalam kenyataan hari ini, kumpulan itu berkata perubahan nama itu akan menjadi rasmi selepas berjaya dikemukakan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Menurutnya, dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-20 syarikat itu semalam, para pemegang saham telah meluluskan lapan resolusi biasa dan satu resolusi khas yang telah dicadangkan.

Advertisement

Ini termasuk bayaran fi pengarah berjumlah sehingga RM324,000 bagi akhir tahun fiskal 2020, mengehadkan bayaran manfaat pengarah pada RM75,000 selepas AGM itu: serta pemilihan semula Edward Goh Swee Wang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Datuk Kamaludin Yusoff sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas.

Para pemegang saham turut meluluskan pelantikan semula Crowe Malaysia PLT sebagai juruaudit kumpulan.

Dalam perkembangan lain, kumpulan itu berkata, is turut berhasrat meneroka pembangunan hartanah.

Advertisement

“Kami yakin kepelbagaian cadangan ini merupakan langkah tepat untuk pertumbuhan kumpulan memandangkan kami boleh mengembangkan asas pendapatan dengan memasukkan aktiviti pembangunan hartanah, yang bakal mewujudkan sumber hasil dan pendapatan tambahan dan mengurangkan kebergantungan kepada perniagaan sedia ada,” katanya.

Johore Tin terlibat terutamanya dalam pembuatan dan perdagangan pelbagai tin dan bekas lain serta pengeluaran susu dan produk tenusu lain.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top