BM | EN | 中文

Johor yakin 8.4 juta pelancong bermalam dapat dicapai

cai-tung.jpg

Cai Tung berucap di Perasmian Program Space For Fun

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 JAN : Kerajaan negeri yakin sasaran sebanyak 8.4 juta pelancong yang bermalam di negeri ini dapat dicapai.

Exco Pelancongan, Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung berkata, sasaran itu bersempena Tahun Melawat Johor 2020 (TMJ 2020) menerusi pelbagai program yang telah dirancang sepanjang tahun ini.

“Saya sentiasa titikberatkan jumlah pelancong yang datang bermalam di Johor supaya dapat meningkatkan lagi ekonomi setempat.

Advertisement

“Kebanyakan pelancong yang datang ke Johor hanya untuk membeli belah dan tidak bermalam seperti pelancong dari Singapura.

“Justeru, cabaran TMJ 2020 ini ialah sasaran 8.4 juta pelancong yang bermalam di Johor yang mana lebih 10 peratus dari jumlah pada tahun 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam sidang media selepas menyempurnakan Space For Fun di Linbaq Gallery dekat Taman Century, di sini, hari ini.

Advertisement

Cai Tung yang juga Adun Johor Jaya turut mengingatkan kepada pemain industri agar lebih peka dan kreatif mengikut perubahan semasa.

“Pelancongan merupakan sektor yang dinamik, maka perlu ada daya kreatif untuk menarik pelancong datang ke negeri Johor.

“Promosi juga perlu ditingkatkan supaya produk-produk tempatan yang berkualiti dan unik dapat diketengahkan,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top