BM | EN | 中文

Johor warta 54 premis sebagai pusat kuarantin Covid-19

Vidyananthan-Ramanadhan.jpg

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan

JOHOR BAHRU, 4 APR: Kerajaan Johor telah mengenalpasti dan mewartakan 54 premis di negeri ini untuk dijadikan pusat kuarantin Covid-19, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan.

“Sebanyak 54 pusat kuarantin telah diwartakan di negeri Johor, dan daripada jumlah itu sehingga 3 April 2020, sebanyak 14 telah beroperasi.

“Sekiranya diperlukan, kerajaan negeri juga akan mengenalpasti aset-aset lain untuk dijadikan pusat kuarantin, termasuk hotel dan bangunan swasta yang bersesuaian.

“Kerajaan komited untuk terus bersiap siaga menghadapi kes Covid-19 di negeri Johor,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu kata Vidyananthan purata peratusan tehadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Negeri Johor menunjukkan penurunan dua hari berturut-turut.

Katanya, penurunan pematuhan PKP dicatatalkan pada kadar 97.02 peratus pada 1 April 2020 dan 96.96 peratus pada 2 April 2020 kepada 96.69 peratus pada hari semalam.

“Untuk itu saya menyeru orang ramai bagi terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan kita Berjaya memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 ini.

“Kegagalan berbuat demikian membolehkan orang awam didakwa didakwa mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top