BM | EN | 中文

Johor umum ganjaran untuk Chew Wei Lun Isnin depan – MB

Chew-Wei-Lun-paralimpik-Boccia-Tokyo-2021.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 SEPT: Kerajaan negeri Johor akan memberikan ganjaran setimpal kepada atlet boccia, Chew Wei Lun, yang berjaya menghadiahkan pingat perak kepada kontinjen negara pada temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020 semalam.

Sambil mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada atlet kelahiran Johor itu, Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata meskipun tidak diletakkan sebagai sandaran untuk meraih pingat, pemain berusia 26 tahun itu melakarkan kejutan pada penampilan sulung Malaysia dalam acara itu di pentas Paralimpik Tokyo.

“Pengumuman ganjaran tersebut akan dibuat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang akan bersambung Isnin ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan komputer riba di Jabatan Pendidikan Negeri di sini hari ini.

Advertisement

Sementara itu, keluarga diraja Johor menerusi Facebook rasmi ‘The Royal Johor’ turut menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet paralimpik itu, seorang bekas pelajar Cerebral Palsy Johor.

Wei Lun merangkul pingat perak selepas akur dengan kehebatan pemain No.1 dunia dari Britain, David Smith, apabila tewas 2-4 pada aksi final acara individu bercampuran BC1 di Pusat Gimnastik Ariake, Tokyo.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top