BM | EN | 中文

JOHOR UMUM CUTI PERISTIWA – MENANG PIALA MALAYSIA

IMG-20191103-WA0003.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 NOV : Kerajaan negeri memutuskan hari ini sebagai cuti khas peristiwa bagi seluruh rakyat Johor sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia 2019.

Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani berkata, pemberian cuti ini dibuat sebagai tanda meraikan dan memberikan penghargaan kepada semua penyokong pasukan JDT

Katanya, ini berikutan penyokong JDT telah memberikan sepenuh komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan JDT dalam mengharumkan nama negeri ini.

Advertisement

“Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan bagi negeri dan Jajahan Takluk JDT, dengan ini kerajaan negeri  memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 3 November 2019, sebagai hari cuti khas peristiwa bagi seluruh rakyat negeri Johor.

“Ia sempena kejayaan pasukan JDT menjuarai Piala Malaysia 2019,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Azmi berkata, keputusan pengisytiharan cuti ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am1951 [Akta 369].

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top