BM | EN | 中文

JOHOR TUBUH JAWATANKUASA TETAP ALAM SEKITAR

chen-choon-persidangan-dun.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 28 NOV: Kerajaan negeri telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar (JKTAS) yang dianggotai pelbagai agensi berkaitan bagi menyelaras tindakan dan meningkatkan penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, agensi tersebut antaranya seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ranhill SAJ, Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Melalui JKTAS, aktiviti kawalan pencemaran alam sekitar akan tertumpu kepada tiga fungsi bidang iaitu kawalan pencemaran air, udara dan pengurusan bahan buangan.

Advertisement

“JKTAS ini ditubuhkan bagi menangani isu-isu pencemaran di negeri Johor secara menyeluruh melalui pemantauan dan penguatkuasaan punca pencemaran secara bersepadu.

“Ia juga akan menyelaras tindakan antara agensi melalui bidang kuasa masing-masing agar tindakan bersepadu yang diambil bersifat terancang dan berkesan,” kata Chen Choon pada mesyuarat ketiga, sidang ketiga Dewan Undangan Negeri Johor ke-14, hari ini.

Chen Choon (PH-Jementah) berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Chong Fat Full (PH-Pemanis), tindakan definitif kerajaan bagi memastikan kerjasama rentas agensi dan pihak berkenaan dalam usaha meningkat keberkesanan penguatkuasaan JAS.

Advertisement

Ini kerana katanya, isu pencemaran yang bersifat rentas bidang (cross-sectoral) meliputi pencemaran udara, air dan sisa toksik.

Justeru katanya, melalui operasi bersepadu antara agensi, PBT bukan sekadar memantau dan memeriksa, malah menguatkuasakan undang-undang terhadap premis industri yang melanggar peraturan dan melakukan pencemaran alam sekitar.

Ia berdasarkan peruntukan perundangan Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133).

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top