BM | EN | 中文

“Johor, tolong jangan sulitkan urusan pernikahan…”

perkahwinan.jpg

Gambar Ehsan majalahlabur.com

Advertisement

Oleh : Sya Za

Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei menyaksikan pelbagai perniagaan dan perkhidmatan mula beroperasi kembali setelah 48 hari ‘berehat’.

Untuk urusan pernikahan, boleh dikatakan semua negeri sudah mula memberi keizinan untuk bernikah terutamanya kepada pasangan yang ‘terkandas’ sepanjang tiga fasa PKP.

Advertisement

Namun Johor seperti nekad untuk menangguhkan ‘ikatan suci’ yang sepatutnya bertaut.

Laman Facebook Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah memuat naik Q&A siri 1 mengenai “Kenapa JAINJ masih menangguhkan majlis akad nikah sedangkan negeri-negeri lain telah membenarkannya”.

Alasannya, negeri Johor masih berisiko tinggi penularan Covid-19 disebabkan negeri Johor menjadi tumpuan kemasukan warga asing atau warganegara Malaysia di luar negara kembali ke Malaysia melalui semua lokasi sama ada melalui udara, laut dan darat.

Advertisement

Penerangan sudah diberikan namun ia seperti tidak kukuh untuk menindakkan hak pasangan yang sudah merancang untuk bernikah sejak 21 Mac lalu.

Malah sejak dimuatnaik pada petang semalam, ia telah dihujani lebih 200 komen yang rata-ratanya mereka masih menunggu tarikh untuk bernikah.

Mereka menyeru agar pihak atasan mengkaji semula tindakan mereka.

Advertisement

“Selangor pun kes meningkat saban hari. Tapi proses urusan tetap dijalankan dimudahkan dengan sop2 tertentu.. Boleh je follow. At least mudahkan urusan. Bukan sulitkan. Bukan nak buat majlis grand jemput ramai orang. Seringkas & ikut SOP pun dah bersyukur”

“Apa kaitan antara nikah dengan kemasukkan orang luar.. benda ni perlu dipercepatkan.. bukan kami nikah untuk bersuka ria.. dalam islam pun nikah perlu dipercepatkan.. ada sebab kenapa Selangor yang paling teruk pun cari inisiatif untuk meneruskan juga nikah.. cuba fikir dan kaji balik benda ni kalua kita jaga diri kita sendiri ok dah”

“Tolong permudahkan pernikahan kami, jangan persulitkan. Itu sahaja, nikah saja sebab banyak dugaan kami tempoh dari segi kewangan macam-macam lagi. Saya minta tolong permudahkan pernikahan”.

Advertisement

“Ingatkan kumpul duit hantaran je susah, rupanya nikah pun susah. Kesian tunang sudah sediakan semua untuk selepas kahwin..”

Demikian antara keluhan pelbagai pihak. Ini kerana pelbagai persediaan selepas berkahwin sudah disediakan, misalnya untuk tinggal bersama. Namun terpaksa menunggu sementara wang sudah banyak dihabiskan.

Pihak berkuasa juga seharusnya mengambil kira semua aspek dan kemudahan untuk akad nikah seperti yang dilaksanakan di negeri-negeri lain.

Advertisement

“Ingatkan kumpul duit hantaran je susah, rupanya nikah pun susah…”

Tangkap layat komen warganet di laman Facebook Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Advertisement

 

 

Advertisement

 

 

 

Advertisement

 

 

 

Advertisement

 

 

 

Advertisement

 

 

 

Advertisement

Firman Allah Ta’ala:
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih bujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak menikah daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaaNya. Allah Maha Luas (pemberianNya), lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Nur:32)

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis, dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top