BM | EN | 中文

Johor Tigris juara Liga Sepak Takraw (STL) Champions Cup

juara-syabas-jaguh-selatan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 DIS: Pasukan Johor Tigris berjaya memenangi Liga Sepak Takraw (STL) Champions Cup dalam perlawanan akhir menentang pasukan Penang Black Panthers di Iskandar Studio Malaysia, Johor, semalam.

Regu Johor Tigris yang dibarisi Muqlis Borhan, Mohd Farid Abd Aziz dan Noraizat Nordin menewaskan trio Farhan Adam, Azlan Alias, Adam Aiman Zainol, 21-10, 21-13.

Kemenangan dalam perlawanan akhir ini menebus kekalahan 21-10, 21-19 kepada pasukan dari Pulau Mutiara itu pada saingan peringkat Kumpulan B sebelum ini.

Advertisement

Johor Tigris sebelum ini yang merupakan naib juara Kumpulan B terlebih dulu menewaskan juara STL 2019 Perak Bison 21-14, 21-17 pada separuh akhir untuk melangkah ke final.

Meskipun turun sebagai pasukan bukan pilihan, segala usaha tampak menjadi buat Johor Tigris.

Servis tekong, rejaman ‘killer’ dan pertahanan yang mantap berjaya menghasilkan mata.

Advertisement

Manakala Penang Black Panthers dilihat kurang menyengat dan kerap melakukan beberapa kesilapan yang menyumbang mata kepada pasukan tuan rumah.

Dalam pada itu, kehadiran para penyokong Johor Tigris di venue perlawanan akhir di Iskandar Studio Malaysia membangkitkan semangat para pemain.

Selaku juara, Johor Tigris membawa pulang wang tunai RM25,000 manakala Penang Black Panthers RM15,000 selaku naib juara.

Advertisement

‘Killer’ Johor Tigris, Muhammad Noraizat Nordin turut dinobatkan sebagai ‘Best Killer’ kejohanan.

Manakala bagi anugerah Pemain Paling Bernilai menjadi milik striker Penang Black Panthers, Mohamad Azlan Alias.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top