BM | EN | 中文

Johor tidak pernah henti bekalan air ke Melaka

jimmy-puah-adun-bukit-batu.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 FEB: Kerajaan negeri ini tidak pernah menghentikan bekalan air ke Melaka seperti yang didakwa pihak pembangkang negeri itu.

Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse menafikan dakwaan berkenaan.

“Johor membekalkan 35 juta gelen air mentah (mgd) sehari seperti dalam perjanjian, selain tambahan 12 mgd mengikut keadaan semasa, sejak tahun lalu.

Advertisement

“Kita tidak pernah menghentikan pembekalan air ke Melaka, sebaliknya pembekalan air itu masih terus berlangsung sehingga hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menafikan dakwaan dibuat bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang mendakwa bekalan air ke negeri Melaka telah dihentikan.

Tambah beliau, pembekalan air mentah ke Melaka hanya dibuat di Empangan Durian Tunggal, Sungai Muar dan tidak pernah ke Empangan Jus.

Advertisement

Terdahulu, Idris sebelum ini dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan dilaporkan mendakwa penduduk Melaka perlu tahu faktor di sebalik perberhentian bekalan air ke Empangan Jus, di negeri itu sejak tahun lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top