BM | EN | 中文

JOHOR TIADA RANCANGAN PERKENAL CUKAI KATIL

gmbr-fail-cai-tung-1.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 26 NOV : Kerajaan negeri, setakat ini tiada perancangan memperkenalkan cukai katil untuk pelancong yang menginap di hotel.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung berkata, ini disebabkan, kerajaan persekutuan telah mengenakan cukai pelancongan (tourism tax) iaitu RM10 per bilik per malam bagi pelancong asing.

“Malah 50 peratus daripadanya telah diberi atau dikembali serta diagihkan balik kepada kerajaan negeri,” katanya pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini, semalam.

Advertisement

Terdahulu, Cai Tung (PH-Johor Jaya) menjawab soalan Ng Yak Howe (PH-Bentayan) berkenaan adakah kerajaan Johor akan mengikut langkah kerajaan Melaka dan Pulau Pinang untuk melaksanakan kutipan cukai.

Beliau berkata, kerajaan negeri telahpun mendapat RM7.99 juta pada tahun ini, iaitu 50 peratus daripada hasil cukai pelancongan.

“Jadi, tiada keperluannya untuk mengadakan cukai katil. Bagaimanapun, kerajaan negeri akan memperhalusi mempertimbangkan sama ada kesesuaian atau keperluan mengenakan cukai katil ini,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top