BM | EN | 中文

JOHOR TERUS MAIN PERANAN PENTING PACU EKONOMI NEGARA – DR SAHRUDDIN

mb-johor-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 OKT : Kerajaan negeri Johor terus konsisten menjadi antara penyumbang utama pembangunan ekonomi Malaysia.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, komitmen kerajaan negeri Johor berhubung perkara tersebut dapat dilihat dengan pencapaian ekonomi negeri, dimana Johor merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia.

“Berdasarkan statistik terkini, Johor telah menyumbang sejumlah RM136.5 bilion iaitu 9.6 peratus (%) keluaran dalam negeri kasar (KDNK).

Advertisement

“Bagi tahun 2018, KDNK negeri Johor berkembang sebanyak 5.6%, mengatasi purata kebangsaan iaitu 4.7%.

“Perkembangan yang mantap ini disokong terutamanya oleh sektor perkhidmatan dan sektor perkilangan yang berkembang masing-masing pada kadar sebanyak 7.3% dan 5.1%,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Islamic Finance Rendezvous Series 2019 di Hotel Grand Paragon, di sini, hari ini.

Advertisement

Hadir sama; Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.

Dalam pada itu, Dr Sahruddin yang juga Adun Bukit Kepong berkata, Johor juga mendahului negeri dalam dalam merekodkan jumlah tertinggi pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara.

“Pada tahun 2018, projek yang diluluskan untuk sektor perkilangan bernilai RM24 bilion, merangkumi 41% daripada jumlah FDI ke Malaysia,” katanya lagi.

Advertisement

Beliau berkata kejayaan tersebut adalah hasil daripada dasar kerajaan negeri yang mesra perniagaan dan juga kejayaan mewujudkan ekosistem perniagaan yang kondusif.

“Contohnya, penubuhan Pusat Pelaburan Negeri Johor, kini dikenali sebagai Invest Johor pada 2004, menyediakan maklumat terperinci dan terkini tentang peluang pelaburan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top