BM | EN | 中文

JOHOR TERUS KOMITED MARTABATKAN BAHASA MELAYU, KATA MB

69808235_2499782423433785_2403850971747713024_n.jpg

Kredit foto - Facebook Dr Sahruddin Jamal

Advertisement

BATU PAHAT, 7 SEPT: Usaha membentuk ‘Bangsa Johor’ yang dihormati segenap lapisan masyarakat tidak lengkap sekiranya usaha itu tidak disekalikan dengan penerapan nilai-nilai  murni.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, berkata ini termasuklah usaha memperkukuhkan kemahiran ‘soft skills’ Bangsa Johor, menjadikannya sebagai bangsa berakhlak, lunak dalam pertuturan serta menghormati kepelbagaian bangsa dan bahasa dalam masyarakat.

Dr Sahruddin turut berkata bahawa antara langkah yang diambil kerajaan negeri termasuklah komitmen terhadap usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu.

Advertisement

“Usaha ini merupakan solusi yang ingin dibawa oleh kerajaan Pakatan Harapan agar ‘Bangsa Johor’ menjadi bangsa yang makmur, disegani dan dihormati,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan sempena Seminar Negara Bangsa: Bahasa Melayu Identiti Negara di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di Batu Pahat disini hari ini.

Tambahannya lagi, antara perkara lain yang perlu diketengahkan termasuklah penggunaan bahasa Melayu dalam pertuturan seharian, dan juga bahan bacaan.

Advertisement

“Identiti negara itu bukan sekadar bergantung kepada kebolehan dan fasih berbahasa Melayu, sebaliknya bahasa juga boleh melambangkan bangsa dari segi tutur kata,” katanya.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top