BM | EN | 中文

Johor tertinggi kes bunuh diri, Adun Penggaram harap khidmat kaunseling negeri lebih efektif

Gan-Peck-Cheng.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 1 NOV: Adun Penggaram, Gan Peck Cheng berharap kerajaan negeri dapat menyediakan sejumlah peruntukan bagi perkhidmatan kaunseling yang lebih efektif dan menyeluruh kepada masyarakat di negeri Johor.

Langkah itu katanya boleh dilakukan melalui agensi kerajaan sedia ada, seperti Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT), Jabatan Pembangunan Wanita, mahupun Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Statistik PDRM sebelum ini mendedahkan 266 kes bunuh diri dilaporkan di negara ini, sejak tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) sejak 18 Mac lalu, sehingga 30 Oktober 2020.

Advertisement

Mengikut pecahan negeri, Johor merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 47 kes dan diikuti Selangor (39) serta Kuala Lumpur (28) dan bakinya di negeri lain.

“Secara purata, seramai lebih kurang 30 orang didapati membunuh diri di dalam tempoh sebulan, atau seorang pada setiap hari.

“Bebanan hutang yang tinggi selepas hilang pekerjaan, dan masalah keluarga telah menjadi punca utama seseorang itu nekad meragut nyawanya sendiri.

Advertisement

“Sebagai langkah pembangunan modal insan, serta membendung permasalahan seperti ini, saya berharap agar kerajaan negeri dapat memperuntukkan sejumlah bajet, bagi menyediakan perkhidmatan kaunseling yang lebih efektif,” katanya.

Peck Cheng berkata demikian dalam perbahasan Belanjawan Johor 2021 di Kota Iskandar semalam.

Dalam pada turut beliau meminta kerajaan negeri menyatakan angka kes bunuh diri di negeri Johor, mengikut pecahan berdasarkan daerah-daerah.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top