BM | EN | 中文

JOHOR TERIMA RM765.5 JUTA PERUNTUKAN DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN

gmbr-fail-mb-johor-sahruddin-jamal-1.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 26 NOV : Kerajaan negeri menerima peruntukan sebanyak RM765.5 juta daripada Kerajaan Persekutuan, setakat pada 30 Oktober lepas.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, antara peruntukan yang diterima meliputi pemberian penyelenggaraan Jalan Negeri sebanyak RM503.04 juta, perbelanjaan mengurus Jabatan Gunasama sebanyak RM58.36 juta dan pemberian mengikut bilangan penduduk sebanyak RM47.4 juta.

“Peruntukan ini akan digunakan bagi Perbelanjaan Mengurus Kerajaan dan Pembangunan di seluruh negeri Johor,” katanya pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Advertisement

Terdahulu, Dr Sahruddin (PH-Bukit Kepong) menjawab soalan Roslaily Jahari (BN-Johor Lama) yang meminta saiz peruntukan bantuan dana yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat kepada negeri Johor jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Beliau berkata, Johor secara keseluruhannya telah menerima sejumlah RM871.46 juta peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, pada tahun lepas.

“Jumlah ini meletakkan Johor sebagai negeri ketiga menerima peruntukan tertinggi selepas Sarawak dan Sabah,” katanya.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top