BM | EN | 中文

Johor terima 3.5 juta topeng muka

corona-virus-mask-topeng-muka.jpg

Gambar Ehsan equityaxis.net

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 APR: Kerajaan Johor telah menerima kira-kira 3.5 juta keping topeng muka daripada kerajaan persekutuan untuk diagihkan kepada seluruh ketua isi rumah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata jumlah tersebut berdasarkan rekod data penduduk yang dibekalkan oleh Jabatan Perangkaan.

“Untuk permulaan, keutamaan agihan adalah di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi di setiap daerah.

Advertisement

“Pengagihan topeng muka ini akan dilakukan secepat mungkin oleh Pejabat daerah masing-masing secara berperingkat.

“Pejabat daerah akan menggunakan kaedah pengagihan yang sesuai supaya tidak menimbulkan kekecohan, pergerakan atau perhimpunan besar di kalangan penduduk setempat,” kata Vidyananthan dalam kenyataannya hari ini.

Pada 26 Mac lalu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pemberian topeng muka percuma sebanyak empat keping kepada setiap isi rumah di seluruh negara.

Advertisement

Tambah Vidyananthan, setiap isi rumah akan menerima empat keping topeng muka untuk kegunaan ahli keluarga yang mempunyai simptom seperti batuk, selsema dan demam.

“Saya juga ingin memaklumkan dan meyakinkan tuan-tuan dan puan-puan bahawa pihak kerajaan negeri sentiasa komited dalam memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan rakyat,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top