BM | EN | 中文

Johor Tenggara beli 100 peratus kepentingan ekuiti Uni-Agro pada RM9.46 juta

Bursa-Malaysia-.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Johor Tenggara Oil Palm Bhd bercadang untuk memperoleh 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Uni-Agro Plantation Sdn Bhd pada harga RM9.46 juta secara tunai.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Johor Tenggara berkata pengambilalihan itu adalah sebahagian daripada rancangan kumpulan itu untuk menambah simpanan tanah perladangannya kepada 50,000 hektar.

“Menerusi pengambilalihan Uni-Agro ini yang memiliki estet ladang kelapa sawit di lokasi strategik pantai timur Semenanjung adalah untuk memudahkan aktiviti pengembangan Johor Tenggara di wilayah itu,” katanya.

Advertisement

Kumpulan itu berkata pertimbangan pembelian terbitan dan modal berbayar Uni-Agro telah tercapau menerusi rundingan secara penjual dan pembeli rela-merelai selepas mengambil kira aset ketara bersih Uni-Agro setakat 30 November, 1999 diselaraskan untuk lebihan penilaian semula terhadap tanah perladangan pada harga yang dipersetujui sebanyak RM13,000 bagi setiap ekar.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top