BM | EN | 中文

Johor tangguh sambutan Maulidur Rasul

tosrin_jarvanthi_johor.jpeg

Tosrin Jarvanthi (Gambar Ehsan Malay Mail)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 NOV: Kerajaan negeri Johor hari ini mengarahkan semua masjid dan surau di negeri ini menangguhkan penganjuran majlis sambutan Maulidur Rasul bermula Selasa ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata arahan penangguhan itu dibuat sebagai langkah pencegahan diambil kerajaan negeri susulan peningkatan kes COVID-19 di beberapa mukim di daerah negeri ini.

Beliau berkata arahan itu selari dengan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menitahkan agar semua kadi daerah mengambil langkah berjaga-jaga dan mengambil tindakan segera serta tegas dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 di masjid dan surau negeri ini.

Advertisement

“Penangguhan bermula 1 Dis 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak setelah mendapat pandangan dan pertimbangan daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Susulan arahan itu, Tosrin berkata pemakaian Garis Panduan Tatacara Penganjuran Majlis Sambutan Maulidur Rasul Semasa/Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Masjid/Surau Negeri Johor Darul Ta’zim dikeluarkan pada 18 Okt lalu juga ditangguhkan sehingga pengumuman baharu.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top