BM | EN | 中文

Johor tangguh Karnival Semarak Juara 2020 susulan wabak novel koronavirus

khuzzan-sukma.jpg

Mohd Khuzzan (tiga, kiri) ketika hadir sidang media Karnival Semarak Juara 2020 SUKMA XX Johor 2020, di Hotel Thistle Johor Bahru, hari ini.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 FEB : Karnival Semarak Juara 2020 yang bertujuan untuk membawa kehangatan temasya SUKMA XX Johor 2020 yang sepatutnya 13 hingga 15 Februari ini ditangguhkan kepada satu masa yang akan ditetapkan.

Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, program berkenaan akan ditangguhkan susulan wabak novel koronavirus yang sedang melanda pada masa kini.

“Dalam keadaan novel koronavirus di mana untuk program ini kita kumpulkan melibatkan ramai penglibatan seperti larian berjumlah 5,000 orang peserta dan karnival ini juga akan melibatkan kehadiran yang ramai.

Advertisement

“Oleh itu, kita tangguhkan program ini sehingga akhir Februari dan akan review balik pada akhir Februari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media Karnival Semarak Juara 2020 SUKMA XX Johor 2020, di Hotel Thistle Johor Bahru, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khuzzan berkata, penangguhan itu hanya melibatkan program di bawah portfolio belia dan sukan.

Advertisement

Ditanya sama ada wabak berkenaan akan menyebabkan temasya SUKMA Johor 2020 ditangguh beliau memaklumkan akan melihat kepada keadaan semasa berikutan kedudukan negara bersempadan dengan Singapura.

“Kita akan lihat keadaan semasa sebab kita berada sempadan dengan Singapura. Jadi kita akan ambil langkah pencegahan supaya tiada isu berbangkit akan datang.

“Insya-ALLAH lebih baik cegah dulu sekarang dalam memastikan rakyat Johor berada dalam keadaan selamat,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top