BM | EN | 中文

Johor tak benarkan ibadah korban di masjid dan surau

masjid-sultan-abu-bakar-johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 JUN: Pelaksanaan ibadah korban melibatkan aktiviti sembelih, memotong, menimbang dan mengagihkan daging korban pada Aidiladha tahun ini tidak dibenar dilaksanakan di masjid dan surau di seluruh Johor.

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, aktiviti itu hanya dibenarkan dibuat di rumah sembelihan berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah.

“Agihan akan dilaksanakan terus pihak penganjur kepada peserta dan asnaf fakir miskin selepas selesai kerja ibadah korban di rumah sembelihan.

Advertisement

“Dalam situasi yang sedang berlaku di waktu ini, pelaksanaan ibadah korban perlu dilihat dalam pelbagai sudut termasuk dalam memutuskan rantaian Covid-19,” katanya. .

Beliau berkata, bagi tahun ini pusat penyembelihan yang berdaftar berjumlah 115 rumah sembelih sementara di negeri ini; 12 pemegang lesen swasta rumah penyembelihan (ruminan); lima rumah sembelih swasta sementara dan 10 Pejabat Perkhidmatan Veterinar di semua daerah.

Katanya, walaupun begitu pelaksanaan ibadah korban dibenarkan hanya melibatkan ibadah wajib.

Advertisement

Terdahulu beliau dilaporkan Sinar Harian sebagai berkata, ibadah korban wajib dimaksudkan ialah korban nazar dan korban kali pertama iaitu mereka berkemampuan tetapi belum melaksanakan ibadah tersebut sebelum ini.

“Tarikh dan masa dibenarkan ialah bermula 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah. Bagaimanapun, pelaksanaan korban pada hari pertama hendaklah selepas solat sunat Aidiladha dan khutbah dilaksanakan,” katanya.

Waktu operasi rumah sembelihan berdaftar, katanya, tertakluk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top