BM | EN | 中文

Johor syor PKPB dilaksana secara bersasar

Hasni-Mohammad-MB-Johor-yang-gagal.jpg

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 NOV: Kerajaan negeri Johor mengesyorkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula kelmarin dilaksanakan secara bersasar mengikut kawasan atau daerah zon merah CVID-19, bukan di seluruh negeri seperti yang dilaksanakan ketika ini.

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata syor untuk pertimbangan kerajaan Persekutuan itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) yang dipengerusikannya di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, dekat Iskandar Puteri, semalam.

“Perkara ini amat penting supaya pelaksanaannya (PKPB) tidak menjejaskan sektor ekonomi dan aktiviti harian rakyat di kawasan yang mempunyai jangkitan yang rendah,” katanya menerusi kenyataan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top