BM | EN | 中文

Johor sumbang kelengkapan sekolah kepada 1,272 pelajar mangsa banjir

mb-sumbangan-sekolah.jpg

Dr Sahruddin Jamal bergambar bersama penerima sumbangan pada Program Jom Kembali Ke Sekolah Mangsa Bencana Banjir Peringkat Daerah Batu Pahat

Advertisement

BATU PAHAT, 26 DIS: Kerajaan negeri memperuntuk sebanyak RM400,000 untuk membantu seramai 1,272 pelajar yang terjejas akibat banjir di seluruh negeri ini menerusi Program Jom Kembali Ke Sekolah Mangsa Bencana Banjir.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, bantuan itu bertujuan untuk meringankan beban keluarga khususnya mereka yang mempunyai anak bersekolah.

Katanya, banjir yang berlaku baru-baru ini telah menjejaskan hampir kesemua daerah di negeri ini dengan mangsa seramai lebih 9,000 orang.

Advertisement

“Alhamdulillah situasi banjir sudah semakin baik dengan banyak pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup dan majoriti mangsa telah dibenarkan pulang.

“Terkini, hanya beberapa lokasi di daerah Segamat masih terjejas namun keadaan juga telah beransur pulih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jom Kembali Ke Sekolah Mangsa Bencana Banjir Peringkat Daerah Batu Pahat yang diadakan di Dewan Orang Ramai Yong Peng, di sini hari ini.

Advertisement

Menerusi program tersebut, setiap penerima menerima sumbangan kelengkapan persekolahan antaranya pakaian, kasut dan beg.

Tambah Dr Sahruddin, kerajaan negeri juga sentiasa bersiap siaga dengan kemungkinan berlakunya bencana banjir gelombang kedua.

“Walaupun situasi banjir semakin pulih, namun kita tetap bersedia dalam menghadapi kemungkinan banjir berulang pada bila-bila masa.

Advertisement

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak khususnya agensi kerajaan sama ada pusat dan negeri yang telah bekerjasama dalam menghadapi bencana banjir ini,” ujarnya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top