BM | EN | 中文

Johor siap siaga jika berlaku banjir lagi-Mohd Khuzzan 

Mohd-Khuzzan.jpg

Mohd Khuzzan (kiri) memakaikan baju sekolah kepada salah seorang penerima di program Semarak Seni Budaya Jom Kembali Ke Sekolah 2020 Dun Semerah, di sini.

Advertisement

BATU PAHAT, 25 DIS: Jabatan Kesihatan Negeri Johor akan sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga jika berlaku gelombang kedua banjir di negeri ini.

Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, jika mangsa yang ditempatkan di satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan 1,000 orang, pihaknya akan menyediakan ‘hospital kecil’ di pusat tersebut.

“Manakala, jika di satu PPS mangsa tidak mencecah 1,000 orang, pihak kami akan sediakan satu pasukan daripada jabatan kesihatan bagi memantau keadaan mangsa yang terlibat,” katanya.

Advertisement

Mohd Khuzzan yang juga merupakan ADUN Semerah berkata demikian kepada wartawan selepas menghadiri program Semarak Seni Budaya Jom Kembali Ke Sekolah 2020 Dun Semerah di Batu Pahat Mall, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya bersama Menteri Besar Johor akan menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terjejas dengan banjir di daerah Batu Pahat, esok (26 Disember).

“InsyaAllah pada program yang akan diadakan di Yong Peng itu, keluarga-keluarga yang terjejas akan menerima sumbangan bagi meringankan beban mereka,” katanya.

Advertisement

Tambahnya lagi, pihaknya juga akan menyampaikan sumbangan kepada lebih 290 orang mangsa yang terjejas dengan ribut di kawasan Semerah, di sini.

“Penyampaian sumbangan itu akan diberikan pada 29 Disember ini yang mana mangsa yang terjejas akan menerima bantuan atau saguhati berdasarkan jenis kerosakan yang dialami,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top