BM | EN | 中文

Johor siap sedia dengan semua agensi hadapi gelombang banjir kedua

jimmy.jpg

Jimmy dan Siti Kamariah bergambar pada penerima sumbangan bersempena Karnival Gaya Hidup Sihat (KGHS) 2019 di Dewan Raya Putra, Bandar Putra, di sini, anjuran Ikram Kulai

Advertisement

KULAI, 25 DIS : Kerajaan negeri telah bersiap sedia dengan semua agensi berkaitan bagi menghadapi gelombang kedua banjir di negeri ini.

Perkara itu setelah mengambil kira jangkaan baki 500 mililiter (mm) hujan yang masih belum turun di Johor.

Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti, Jimmy Puah Wee Tse berkata, bagaimanapun, setakat ini, pihaknya tidak menerima apa-apa laporan berkaitan.

Advertisement

Katanya, gelombang kedua itu bergantung pada keadaan hujan serta fenomena air pasang yang dijangka bermula hari ini hingga Jumaat ini.

“Kalau kebetulan petang ini hujan turun dengan lebat pada tempat yang khususnya, maka mungkin ada masalah (banjir).

“Seperti saya maklum sebelum ini, hampir 500 mm hujan belum turun untuk tahun ini, mungkin juga tidak turun dan kalau turun juga mungkin bersepah,” katanya kepada wartawan selepas menyempurnakan Karnival Gaya Hidup Sihat (KGHS) 2019 di Dewan Raya Putra, Bandar Putra, di sini, anjuran Ikram Kulai, hari ini.

Advertisement

Bagaimanapun Adun Bukit Batu itu difahamkan daripada Jabatan Meteorologi bahawa petang ini hujan akan turun di Mersing.

“Tetapi, kita harap tidak banyak (hujan) dan bersepah (merata tempat di Mersing),” katanya yang memberitahu sekiranya hujan lebat dan fokus pada kawasan tertentu, maka berlaku banjir di Mersing.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Yayasan Sejahtera Kulai memberitahu, pada tahun ini, pihaknya telah menyampai sumbangan berjumlah RM20,000 kepada Ikram di daerah berkenaan sebagai galakan kerja-kerja kebajikan yang dijalankan badan bukan kerajaan (NGO) itu.

Advertisement

Sementara itu, Pengarah program berkenaan merangkap Pengerusi Bebas Asap Rokok Johor, Dr Siti Kamariah Othman berkata, seramai 102 pelajar kalangan asnaf sekitar Kulai dan Senai menerima bantuan ‘back to school’ dalam program itu.

“Selain itu, lebih 20 pelajar miskin di Zon Tenggara menerima sumbangan cermin mata secara percuma. Kita harap bantuan yang dihulurkan ini dapat meringankan beban ibu bapa yang terpaksa menanggung pelbagai kos memandangkan sesi persekolahan bakal bermula minggu depan,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top