BM | EN | 中文

Johor sedia mula sesi persekolahan pelajar tingkatan lima dan enam

mazlan-bujang.jpg

Mazlan pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Guru Cemerlang di Jabatan Pendidikan Negeri Johor, semalam.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 JUN: Johor bersedia untuk memulakan sesi persekolahan bagi pelajar tingkatan lima dan enam mengikut garis panduan yang ditetapkan bersama oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri Mazlan Bujang berkata sesi taklimat Penataraan Pembukaan Sekolah kepada 11 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah selesai diadakan semalam.

“Kita sentiasa bersedia apa jua kemungkinan (pembukaan sekolah) dan saya yakin dengan kepimpinan Pemangku Pengarah Pendidikan Negeri Johor begitu juga dengan para pendidik di negeri ini.

Advertisement

“Mereka (warga pendidikan) sentiasa bersedia termasuklah mengenai penjarakan sosial di dalam bilik darjah termasuk kemudahan aset, infrastruktur dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Guru Cemerlang di Jabatan Pendidikan Negeri Johor di sini, semalam.

Beliau juga menambah sesi taklimat Penataraan berkaitan pembukaan sekolah seterusnya akan diberikan pula kepada semua pengetua di 1,187 sekolah di seluruh negeri ini.

Untuk rekod, terdapat 35,000 pelajar tingkatan lima manakala 1,500 pelajar tingkatan enam di 232 sekolah menengah di Johor.

Advertisement

Semalam, Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah akan diedarkan mulai hari ini bagi membolehkan pihak sekolah dan guru-guru membuat persediaan pembukaan sekolah selepas ditutup sejak 18 Mac lepas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top