BM | EN | 中文

Johor sedia kerjasama, bantu Putrajaya kumpul dokumen dan pandangan libat kes Pulau Batu Puteh

pulau-batu-putih-malaysia.jpg

Grafik Arkib The Malaysian Insider

Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 OKT: Johor akan bekerjasama dan membantu kerajaan Persekutuan dalam usaha mendapatkan pelbagai dokumen dan pandangan yang diperlukan melibatkan kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh.

Semasa mengalu-alukan dan menyambut balk keputusan kerajaan Persekutuan menubuhkan pasukan petugas khas yang akan meneliti kes itu, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata isu tuntutan Pulau Batu Puteh antara Malaysia dan Singapura sememangnya amat dekat dengan kerajaan dan rakyat Johor, sama ada dari segi sejarah mahupun kedudukannya kerana hampir dengan negeri ini.

“Dalam pada itu, kerajaan negeri juga setuju dan akan memberikan sokongan penuh tentang tindakan undang-undang di bawah ‘tort of misfeasance’ ke atas mana-mana pihak yang didapati telah melakukan kecuaian dan kekhilafan kerana tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes tersebut.

Advertisement

“Kerajaan negeri juga mahu supaya perkara itu disegerakan agar mereka yang bertanggungjawab dibawa segera ke muka pengadilan,” kata bellau dalam satu kenyataan, semalam.

Hasni berkata berdasarkan dapatan daripada hasil siasatan itu kelak, kerajaan negeri juga bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas bagi membuat kajian menyeluruh, menehiti dan mencadangkan opsyen-opsyen bersesuaian dengan mendapatkan pandangan pakar undang-undang antarabangsa bagi membuat semakan semula undang-undang berkenaan kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh.

Advertisement

Penubuhan pasukan petugas khas itu yang akan dipengerusikan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi All, bertujuan menyemak semula undang-undang berkenaan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pulau Batu Puteh itu.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top