BM | EN | 中文

Johor sebagai Hab Pendidikan Wilayah Selatan

sahruddin-jamal-3.jpg

r Sahruddin Jamal (tengah) bergambar selepas menghadiri Majlis Kerjasama UTHM dan industri dalam membangunkan Hab Pendidikan Penerbangan Selatan dan sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Bank Affin Islamic di Hotel Double Tree By Hilton

JOHOR BAHRU, 16 JAN: Pembangunan Hab Pendidikan Penerbangan Selatan di Tanjung Laboh, Batu Pahat selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) dalam mempromosi Johor sebagai Hab Pendidikan Wilayah Selatan.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal memberitahu, Tanjung Laboh juga boleh diiktiraf sebagai hab pendidikan satelit yang berteraskan industri penerbangan.

Menurut beliau, hab pendidikan ini akan memberi peluang kepada Johor untuk memperkenalkan kluster pendidikan baharu iaitu kluster penerbangan.

“Tanjung Laboh akan menjadi lokasi strategik bagi membangunkan Hab Pendidikan Penerbangan ini.

“Dengan jarak tidak terlalu jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, ia akan mempunyai akses kepada pelbagai mod rangkaian pengangkutan di Johor sama ada jalanraya, rel, udara dan laut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kerjasama UTHM dan industri dalam membangunkan Hab Pendidikan Penerbangan Selatan dan sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Bank Affin Islamic di Hotel Double Tree By Hilton, di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Canselor UTHM, Prof Datuk Dr Wahid Razzaly dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Affin Islamic Berhad, Nazlee Khalifah.

Tambah Dr Sahruddin, sektor penerbangan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi kerana ia merupakan akses utama kepada kemasukan pelaburan ke negara ini.

“Selain industri penerbangan, industri aeroangkasa juga merupakan industri yang berkembang pesat melalui Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Nasional 2030.

“Ini secara tidak langsung membuka peluang kepada anak tempatan untuk menceburi kerjaya dalam industri berteknologi tinggi sekaligus membolehkan mereka memperolehi pendapatan lebih baik,” katanya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top